Valens Myotein High Whey Protein ialah produk protein whey bioaktif (bioactive whey protein) jenama nutrisi perubatan Valens Nutrition yang digunakan secara meluas oleh ahli profesional dan institusi kesihatan serantau Asia selama lebih 15 tahun.
Myotein kini juga boleh didapati dalam pek mini 14 sachet baru di farmasi-farmasi di seluruh Malaysia, serta 300g tin dan pek kotak 30 sachet.
“Kami melancarkan pek mini ini kerana kami menerima agak banyak pertanyaan sama ada Myotein mempunyai pek lebih kecil untuk dicuba dulu dan senang dibawa,” kata Cik Soong Pik Kwan, Ketua Pemasaran Pharm-D Sdn Bhd. “Permintaan suplemen protein turut meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi sejak wabak virus. Orang ramai sentiasa mencari suplemen untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan.”
Senang dibawa dan mudah digunakan, pembungkusan pek mini baru ini juga dicipta untuk mereka yang kerap melancong atau aktif. Sama ada anda pergi trip bisnes, makan angin, bersenam atau aktiviti lain, pek mini baru ini mudah dibawa dan diguna di mana-mana untuk keperluan protein harian anda.
Protein whey bioaktif tulen dan kualiti premium Valens Myotein diimport dari New Zealand, dan ia bebas daripada bahan perisa, gula tambahan dan bahan pengawet.
Protein whey bioaktif kaya dengan komponen bioaktif semulajadi seperti immunoglobulin dan laktoferin, yang merupakan komponen penting untuk menyokong sistem imuniti.
Berikut adalah komponen bioaktif penjana sistem imuniti yang terdapat di dalam protein whey bioaktif:
- Immunoglobulin: menyokong sistem imun
- Laktoferin: antiviral, antibakteria, antioksidan, antikulat
- Laktoperoksida: menyekat perkembangan bakteria
- Proteose peptone: mempertingkatkan penghasilan antibodi
- Beta-laktoglobulin: mengawal tindak balas limfa
- Alfa-laktalbumin: mempertingkatkan tindak balas antibodi
Protein merupakan makronutrien yang sangat penting dan utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kandungan yang banyak setiap hari (oleh sebab itu ianya dipanggil makro)
Menurut pakar dietetik, asid amino yang terdapat dalam protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” utama untuk penyembuhan dan pemulihan. Ini bermakna ia sentiasa diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel-sel serta tisu-tisu dalam badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menyokong sistem imun dengan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksida.
Menurut Recommended Nutrient Intake of Malaysia (MRNI), pengambilan protein sehari bagi seorang dewasa yang sihat ialah sebanyak 1g bagi setiap kg jumlah berat badan. Ini bermakna, jika berat badan seseorang individu 55kg, maka dia disyorkan mengambil 55g protein setiap hari.
Valens Myotein dikenali kebanyakan pakar dietetik, doktor dan ahli profesional kesihatan lain. Ia digunakan secara meluas untuk pelbagai terapi nutrisi seperti pemulihan selapas pembedahan, rawatan kritikal, rawatan dialisis, dan sebagainya yang biasanya memerlukan jumlah protein berkualiti tinggi yang besar.
Valens Nutrition merupakan produk nutrisi perubatan yang digunakan secara meluas di hospital, klinik dan institut kesihatan lain seperti onkologi, pembedahan, penjagaan luka dan trauma, ICU, pediatrik, geriatrik, dialysis dan lain-lain.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Myotein High Whey Protein, layari https://myotein.valensnutrition.com/
Maklumat lanjut mengenai Valens Nutrition, layari https://valensnutrition.com/
Rujukan :
- Geoffrey al. JACN 2007 Vol 26, No.6. Emerging Health Properties of Whey Protein and their Clinical Implications.
Disclaimer: This Website Does Not Provide Medical Advice
The information, including but not limited to, text, graphics, images and other material contained on this website are for informational purposes only. No material on this site is intended to be a substitute for professional medical advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your physician or other qualified healthcare providers with any questions you may have regarding a medical condition or treatment and before undertaking a new health care regimen, and never disregard professional medical advice or delay in seeking it because of something you have read on this website.